Gambar hiasan |
BERCHAM – Seorang nenek trauma dipaksa melakukan seks oral terhadap
seorang lelaki dalam satu kejadian samun di sebuah kebun sayur di sini, hari
ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 74 tahun
bersendirian melakukan rutin harian memeriksa sayur-sayur ditanamnya.
Sinar Harian difahamkan, seorang lelaki berusia 20-an menghampiri mangsa dari arah belakang sebelum memulas tangan dan meragut rantai leher, merampas cincin emas serta anting-anting emas yang dipakainya.
Suspek turut merampas dompet berisi wang tunai RM250 yang disimpannya dalam poket baju mangsa.

Suspek kemudiannya mengambil kesempatan membuka baju mangsa dan turut membuka
seluarnya sebelum mengarahkan mangsa melakukan seks oral terhadapnya.
Mangsa bagaimanapun melawan dan berkeras tidak mahu melakukan aksi tidak
senonoh itu.
Tindakan mangsa yang terus cuba melawan berjaya menyelamatkannya apabila
suspek mengambil keputusan melarikan diri dengan mengayuh basikal milik mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang
Keong mengesahkan kejadian itu dan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun
Keseksaan.