Jumaat, 18 April 2014

LETUPAN MENCEDERAKAN MANGSA DIHADAPAN RUMAHNYA


KUALA LUMPUR 17 April - "Saya terdengar bunyi letupan yang kuat seperti letupan bom atau gas," kata seorang jiran kepada mangsa kejadian letupan di Jalan PUJ 2/17, Taman Puncak Jalil, Bandar Putera Permai, di sini awal pagi ini.

Menurut Norsiah Othman, 52, dia terjaga awal untuk melakukan rutin harian dan amat terkejut apabila terdengar bunyi yang amat kuat meskipun jarak rumahnya 100 meter daripada kediaman mangsa.

"Terkejut dengan bunyi itu, saya terus memanggil suami untuk keluar melihat apa yang terjadi.

"Apabila keluar, kami melihat ada asap dan mangsa sudah tersandar tidak sedarkan diri dengan darah di tangan, muka dan beberapa anggota badan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi ini, mangsa, P.Murli Krishnan, 38, cedera parah selepas cuba me-ngalihkan satu bungkusan yang di-letakkan di hadapan cermin keretanya di kediamannya di PUJ 2/17, Taman Puncak Jalil, Bandar Putera Permai.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di muka, perut, tangan dan putus ibu jari tangan kiri.

Tambah Norsiah, dia terus meng-hubungi polis sejurus melihat kejadian tersebut dan tidak lama kemudian pihak polis serta ambulans tiba untuk membawa mangsa ke hospital.

"Mangsa tinggal berseorangan di rumah itu dan kejadian yang menimpanya telah pun kami maklumkan kepada kakaknya.

"Difahamkan, dia telah pun selamat membuat pembedahan namun masih tidak sedarkan diri dan berada di wad unit rawatan rapi (ICU)," katanya.

Sumber:utusanmalaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...