Selasa, 27 Mei 2014

Awas Kempen Penipuan Internet Piala Dunia Fifa


KUALA LUMPUR: Penjenayah siber sedang merangka kempen penipuan dengan mensasarkan peminat bola sepak ketika tuan rumah Brazil membuat persiapan akhir untuk Piala Dunia 2014 Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).
Aktiviti penipuan dalam talian juga sedang giat merangka laman web canggih meniru domain tulen Piala Dunia, penaja dan rakan kongsinya dan cuba memikat pengguna untuk berkongsi data peribadi mereka, seperti nama pengguna, kata laluan dan nombor kad kredit kata Kaspersky, peneraju utama perisian pengurusan keselamatan data komputer.
Selain itu, Kaspersky mencadangkan pengguna mengambil langkah berjaga-jaga seperti memeriksa laman web berkenaan sebelum memasukkan sebarang maklumat penting atau peribadi bagi melindungi pengguna daripada skim penipuan dan perisian perosak yang menggunakan pertandingan Piala Dunia untuk melancarkan serangan mereka.

Penyelidik Kanan Keselamatan Fabio Assolini berkata, syarikat itu telah mengesan kira-kira 60 domain palsu setiap hari di Brazil, sebahagian besarnya sangat canggih dan direka bentuk dengan pintar.
"Sesetengah laman web palsu ini nampak begitu selamat. Sebagai contoh, URLs mereka bermula dengan "https" dengan 's' untuk selamat (secure), apabila penjenayah siber dapat membeli sijil Lapisan Soket Selamat (SDSL) daripada penguasa pensijilan," katanya.
Assolini juga berkata, ada juga domain palsu dalam versi mudah alih yang kelihatan tulen dan menyasarkan pengguna telefon pintar dan tablet.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...