PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH DALANGI SAMUN: Seorang pengawal keselamatan dikesan menjadi dalang dalam kejadian pecah masuk sebuah sekolah di Silibin awal pagi Selasa lalu.
Lelaki berusia 20 tahun itu adalah seorang daripada lima Geng Hamdan Cina yang dicekup polis pada hari sama.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, soal siasat ke atas suspek membawa kepada empat lagi tangkapan berasingan di sekitar Jelapang membabitkan suspek berusia antara 17 hingga 27 tahun.
Kumpulan itu bergerak aktif sejak akhir tahun lalu dan melakukan sembilan kes melibatkan pecah kedai, ragut dan pecah masuk sekolah