Ahad, 4 Mei 2014

Organisasi Menggunakan Asas Misi Kemanusiaan Bagi Melatih Militan ?


Kuala Lumpur Beberapa pertubuhan tertentu di negara ini dikesan berselindung di sebalik misi kemanusiaan bagi merekrut dan melatih anggota militan di luar negara. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan tidak pernah menghalang, malah menggalakkan misi kemanusiaan ke luar negara, tetapi berlaku sebaliknya apabila pertubuhan itu menjadi pusat merekrut militan. 

Katanya, apa yang dibimbangi, Malaysia akan dijadikan pusat bagi melancarkan kegiatan militan di rantau Asia Tenggara dan dunia selepas wujud kemungkinan anggota militan menarik orang ramai menyertai aktiviti mereka. 

“Polis akan berusaha menyekat kegiatan merekrut yang antaranya dilakukan melalui media sosial, organisasi atau individu kerana kita khuatir jika tidak dihalang, ia boleh mengakibatkan ketidakstabilan masa depan negara.

Perkembangan membimbangkan

“Paling kita bimbang ada organisasi menggunakan asas misi kemanusiaan bagi melatih militan dan kerajaan tidak pernah mengizinkannya berlaku.

Kita bimbang perbuatan mereka boleh membawa tindakan di luar batas perundangan negara,” katanya pada sidang media di Menara Datuk Onn, di sini, semalam. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...