Isnin, 30 Jun 2014

Dua polis maut, dua orang awam cedera dalam tembakan

Gambar hiasan
NARATHIWAT, Thailand - Harapan untuk menyambut hari pertama Ramadan dalam keadaan damai tidak kesampaian di selatan Thailand apabila awal-awal lagi sudah dicemari dengan tindakan keganasan.
Pada tengah malam tadi, berlaku kejadian pertempuran antara enam anggota polis daerah Takbai dan 10 lelaki bersenjata selama setengah jam di Jalan Taba, Mukim Jekhe, Wilayah Narathiwat.
Menurut pihak polis, kejadian tersebut menyebabkan dua anggota polis terkorban dan dua laras raifal dan dua pucuk pistol mangsa dilarikan.

Dua orang awam turut tercedera dalam kejadian tersebut.
Ketua polis daerah Takbai, Kolonel Pakdee Prichachon berkata, ketika diserang hendap keenam-enam anggota polis sedang meronda dengan tiga buah motosikal.
Tambahnya, kumpulan itu dipercayai puak pemisah, dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu satu kumpulan menyerang polis, kumpulan kedua melakukan kawalan dan kumpulan ketiga menabur paku dan bahan-bahan lain untuk menyekat bantuan pihak keselamatan Thai. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...