Isnin, 30 Jun 2014

Lelaki dan teman wanitnya cedera ditembak

Puchong: Seorang pekerja kedutaan dan rakan wanitanya parah apabila masing-masing terkena satu das tembakan yang dilepaskan dua suspek bermotosikal dalam insiden awal pagi tadi di restoran makanan segera di Puchong Gateway, di sini.
Dalam kejadian 5.10 pagi itu, mangsa berumur 36 tahun dikatakan baru selesai berjumpa dengan enam rakannya di restoran berkenaan sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal sebelum seorang daripada suspek mengeluarkan senjata api dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan rakan wanitanya ketika mereka hendak menaiki kereta. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata mangsa cedera di paha kanan manakala wanita yang berusia lingkungan 20-an itu cedera di tapak tangan kanan akibat terkena tembakan. 


Beliau berkata, dua mangsa kini dihantar ke Hospital Serdang bagi menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil.

Katanya, polis kini sedang memburu dua suspek yang menaiki Honda EX5 berdasarkan keterangan mangsa dan motif sebenar kejadian masih lagi disiasat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...