Ahad, 29 Jun 2014

LIMA DITAHAN MELIBATKAN 2.2 JUTA DADAH


Bukit Aman – Dalam tempoh tiga hari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya merampas sejumlah 391, 900 biji pil dadah jenis psikotropik dan 1.6 kilogram Syabu dalam beberapa siri serbuan yang dijalankan. 

Operasi yang dijalankan bersama JSJN Ibu Pejabat Polis kontinjen Selangor itu turut menahan tiga individu tempatan termasuk dua warga negara asing.

Menurut Pengarah JSJN, YDH CP Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kejayaan tersebut merupakan jumlah yang diperolehi dalam masa tiga hari untuk tempoh minggu ketika bulan Jun 2014.

"Pihak kami telah melakukan serbuan terhadap sebuah kereta di Nilai, Seremban pada Khamis lalu dan hasil serbuan menemui lima buah kotak disyaki dadah psikotropik malah kami turut menahan pasangan suami isteri.


"Susulan daripada operasi tersebut, pihak kami telah membuat serbuan di Putrajaya dan berjaya menahan dua individu yang dipercayai terlibat dengan kes yang disiasat," kata lagi dalam satu sidang media di Bukit Aman hari ini.

Dalam perkembangan lain, Narkotik Kuala Lumpur International Airport (KLIA) berjaya menahan seorang lelaki warga asing di balai ketibaan antarabangsa dan hasil pemeriksaan tubuh badan, pihak polis telah menjumpai dadah Syabu yang telah dibalut di kedua belah betis menggunakan pita pelekat oleh suspek.

Kesemua tangkapan berumur antara 23 hingga 42 tahun dan ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Merbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...