Kuala Lumpur, 28 Jun 2014 - Bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur malam semalam, Jabatan Siasatan Jenayah telah menganjurkan Malam Mes 'A Knight To Remember' bagi meraikan persaraan YDH Komisioner Polis, Dato' Sri Hadi Ho bin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia.
Majlis ini juga merupakan pengiktirafan dan tanda peringatan dari Jabatan Siasatan Jenayah yang telah memimpin jabatan ini dengan penuh kecemerlangan demi merealisasikan amanat dan amanah pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia.

Turut hadir di majlis penuh gemilangan itu ialah isteri beliau, Y.Bhg. Datin Sri Raja Hamidah binti Raja Norshah, Timbalan-timbalan Pengarah JSJ dan isteri, Ketua-ketua Penolong Pengarah, Komander STAFOC, Penolong Pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah.