KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan gelaran sebagai juara Liga Perdana musim 2014 selepas mengalahkan Negeri Sembilan 4-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Jumaat malam.
Mengumpul 52 mata daripada 16 kemenangan, skuad Sang Saka Biru mengatasi pencabar terdekat, Felda United FC dengan kelebihan lima mata, sekali gus tidak mengubah kedudukan skuad 'The Fighters' pada perlawanan terakhir liga Selasa depan.
PDRM akan menamatkan kempen musim ini dengan menentang Kedah manakala FELDA United akan melengkapkan jadual liga dengan bertemu Perlis.
Dalam pada itu, Perlis tersingkir ke Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) musim depan bersama pendatang baharu liga, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang FC (PBAPP FC) selepas masing-masing menghuni tangga ke-11 dan 12.
Pada pertemuan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, kedua-dua pasukan tersebut seri 1-1.
Berdasarkan peraturan FAM, juara dan naib juara Liga Perdana 2013 layak secara automatik ke Liga Super 2014 manakala dua pasukan tercorot Liga Perdana akan turun ke Liga FAM.Mengumpul 52 mata daripada 16 kemenangan, skuad Sang Saka Biru mengatasi pencabar terdekat, Felda United FC dengan kelebihan lima mata, sekali gus tidak mengubah kedudukan skuad 'The Fighters' pada perlawanan terakhir liga Selasa depan.
PDRM akan menamatkan kempen musim ini dengan menentang Kedah manakala FELDA United akan melengkapkan jadual liga dengan bertemu Perlis.
Dalam pada itu, Perlis tersingkir ke Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) musim depan bersama pendatang baharu liga, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang FC (PBAPP FC) selepas masing-masing menghuni tangga ke-11 dan 12.
Pada pertemuan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, kedua-dua pasukan tersebut seri 1-1.
Sementara itu, PDRM bermula garang apabila penyerang berbisanya, Bobby Gonzales membuka jaringan seawal minit keenam sebelum Mohd Fauzi Abdul Majid menggandakan jaringan pada minit ke-39.
Pasukan pelawat terus menghukum Negeri Sembilan pada babak kedua perlawanan menerusi jaringan Ali Ashfaq pada minit ke-48 sebelum Mohd Shahril Izwan Abdullah mengesahkan kemenangan bagi PDRM pada minit ke-69.
Naib juara Liga Perdana, Felda United membelasah UiTM FC 8-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Lapan gol FELDA United dijaringkan oleh Mohd Raimi Mohd Nor pada minit ke-20, Edward Junior Wilson (44' dan 47'), Ndumba Makeche (83'), Syahid Zaidon (84') dan hatrik oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-62, 88 dan 92.
Lain-lain keputusan, turut mencatat kemenangan pada perlawanan malam ini, Sabah mengalahkan DRB Hicom 1-0 di Stadium Likas, Sabah manakala Johor Darul Ta'zim II mencatat kemenangan 2-1 ke atas SPA Putrajaya di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Pulau Pinang mengesahkan tempat di tangga ketiga liga dengan 43 mata selepas seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Sementara itu dalam aksi Liga Super, pendahulu liga, Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya selangkah untuk bergelar juara liga selepas mengalahkan Kelantan 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Skuad Harimau Selatan terus mendominasi carta Liga Super selepas mencatat kemenangan ke-12 dengan mengumpul 41 mata iaitu dengan kelebihan empat mata di hadapan pencabar utama, Selangor.
Mohd Amirul Hadi Zainal membuka jaringan pasukan pelawat pada minit ke-28 sebelum Mohd Nazrin Mohd Nawi menambah jaringan pada minit ke-52.
Luciano Figueora kemudian menjaringkan gol ketiga dan seterusnya mengesahkan kemenangan bagi pasukan JDT pada minit ke-88.
Impian Terengganu untuk menduduki tangga kedua liga berkecai setelah pasukan dari Pantai Timur itu terikat 1-1 oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Skuad Penyu berjaya memecah kebuntuan menerusi jaringan Mohd Nor Farhan Muhammad pada minit ke-59 sebelum pemain import ATM, Fabrice Noel menyamakan kedudukan pada minit ke-64.
Terengganu kini menduduki tangga keempat dengan 33 mata dengan baki satu perlawanan manakala Pahang di tangga ketiga dengan 34 mata dengan baki dua perlawanan.
--BERNAMA