Rabu, 2 Julai 2014

CEDERAKAN SENTRI DAN LOLOS DARI LOKAP

Suspek perompak lari dari lokap IPD LABUAN.

Labuan : Polis Labuan sedang memburu seorang tahanan lelaki warga Filipina yang melarikan diri dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, pada waktu sahur awal pagi tadi.
Ketua Polis Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, tahanan berumur 26 tahun itu bersama seorang lagi tahanan lelaki warga tempatan telah mencederakan sentri sebelum merampas kunci dan meloloskan diri dengan memanjat pagar.

Bagaimanapun, tahanan warga tempatan berumur 35 tahun itu berjaya ditangkap, katanya, pada sidang akhbar mengenai kejadian itu di sini, hari ini. 

Susulan kejadian itu, beliau berkata polis mengadakan sekatan jalan raya di jalan utama, di sini. 
Adzhar turut menasihati orang ramai supaya memaklumkan kepada balai polis berdekatan sekiranya memperolehi maklumat berhubung lelaki berkenaan.

Katanya, dua tahanan itu suspek rompakan bersenjata dan sedang menunggu perbicaraan Jumaat ini. - BERNAMA 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...