Rabu, 2 Julai 2014

Jasad bayi dalam parit

Gambar hiasan
Bagan Serai : Penduduk kampung berhampiran Parit J, Jalan Matang Buluh, di sini, gempar berikutan penemuan jasad bayi yang cukup sifat ditemui terapung di dalam parit berhampiran sebuah sekolah, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang, mayat bayi itu dijumpai orang ramai yang lalu lalang di jambatan berdekatan kawasan ia dijumpai ketika mengambil anak mereka daripada sekolah berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan itu.
Katanya, mayat sudah dibawa ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk proses pengesahan sama ada bayi itu mati sewaktu dilahirkan atau dibunuh dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...