Isnin, 7 Julai 2014

CUBAAN SELUDUP PETROL GUNA BOT PAM GAGAL


Semporna, 6 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya menumpaskan cubaan menyeludup keluar 4,690 liter minyak petrol menggunakan bot pam di perairan Kampung Labuan Haji dekat sini pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Empat ACP Mohamad Madun berkata dalam operasi itu pasukannya telah menahan 12 orang lelaki warga tempatan bersama enam buah bot pam yang membawa sejumlah tong yang mencurigakan.

"Setelah diperiksa kami mendapati mereka membawa sebanyak 178 tong berisi minyak petrol dan gagal mengemukakan dokumen yang sah berkaitan pemindahan barangan berduti kastam," ujarnya.

"Kami telah menahan 12 orang lelaki tersebut bersama bot-bot mereka dan merampas kesemua minyak petrol mengikut peruntukan di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam" katanya lagi.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM43,272 dan kes diserahkan kepada pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...