Gambar hiasan |
Wanita Myanmar potong kemaluan suami
KUALA LUMPUR: Gara-gara marah kerana mahu
diceraikan, seorang wanita warga Myanmar nekad memotong kemaluan suaminya di
rumah lelaki itu di Taman Wilayah, Selayang, di sini pagi semalam.
Dalam
kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, wanita berusia 40 tahun yang telah tinggal
berasingan pergi ke rumah suaminya yang juga warga Myanmar untuk
berbincang.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata, setelah
suaminya membenarkan wanita itu masuk dan beliau terus tidur di ruang tamu,
wanita itu secara tiba-tiba bertindak memotong kemaluan suaminya dengan
pisau.
Mangsa melihat isterinya memegang pisau dan dia terus melarikan
diri dari rumah itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut
dan kini dilaporkan stabil," katanya di sini, hari ini.
Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun
Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan usaha untuk
mengesan suspek masih dipergiatkan. - Bernama