Selasa, 15 Julai 2014

MARIN KEDAH TUMPAS SELUDUP MINYAK DIESEL BERSUBSIDI

Alor Setar, 14 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Kedah telah berjaya membuat rampasan minyak diesel bersubsidi di dalam satu penugasan Operasi Landai, petang semalam. 

Hasil maklumat risikan membawa kepada penemuan sebuah tempat pemunggahan haram minyak diesel bersubsidi iaitu sebuah stor tidak bernombor di Jalan Putra , Mergong Tengah.

Menurut Komander PPM Wilayah Satu ACP Mohd. Yusof Abdullah berkata, dalam operasi ini turut berjaya menahan dua orang lelaki warga tempatan serta dua buah lori tangki masing-masing mengandungi 21,000 liter minyak diesel dan 21,700 liter minyak petrol yang disimpan di dalam tangki skid

Turut dirampas empat buah pengepam minyak.

Kesemua hasil rampasan bernilai RM552,570 dan suspek disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...