Ahad, 6 Julai 2014

'KELDAI DADAH' TELAN 90 KAPSUL SYABU SERAH DIRI



Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Uganda yang dipercayai 'keldai dadah' menyerah diri selepas menelan 90 kapsul berisi dadah jenis syabu bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa, di Balai Polis Pudu, di sini, 28 Jun lalu.

Suspek berusia 26 tahun itu, dipercayai digunakan sindiket dadah antarabangsa sebagai keldai dadah dengan tujuan menyeludup masuk dadah jenis syabu ke negara ini.

Ketika wanita itu menyerah diri kira-kira jam 5 petang, suspek turut membawa 22 kapsul berisi dadah jenis syabu dan menyerahkannya kepada pegawai polis yang bertugas.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Wan Abdullah Ishak, berkata suspek kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut.

Dengan pengawasan pihak polis, 68 kapsul berisi dadah jenis syabu dikumpul selepas 11 kali wanita itu membuang air besar.

"Keseluruhan rampasan adalah sebanyak 90 kapsul dadah jenis syabu seberat 1,028.2 gram bernilai RM102,800," katanya ketika dihubungi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...