KOTA BAHARU, 13 Julai (Bernama) -- Sindiket pengedaran
dadah di negara ini kini menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran kerana
golongan itu lebih mudah terpedaya, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr
Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata pihaknya mengesan sindiket dadah beralih
kepada pelajar sekolah kerana melihat adanya pasaran buat mereka.
"Pelajar senang dipengaruhi kerana ada di antara
mereka tidak tahu kesan penggunaan dadah," katanya kepada pemberita
selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) di sini, hari ini.

