MUAR 27 Julai - Cubaan
tiga lelaki ingin melepaskan diri selepas ditahan kerana memiliki pistol dan
positif dadah dengan menyatakan bekerja dengan seorang Datuk tidak berhasil apabila mereka ditahan malam semalam.
Kejadian
bermula apabila seorang daripadanya yang berusia 30-an ditahan pukul 10 malam
di Jalan Ali di sini, kerana angkuh apabila disaman polis kerana meletak kereta
di parkir golongan orang kurang upaya (OKU).
Lelaki
terbabit dilihat mengambil surat saman tersebut sebelum mengoyak serta
membuangnya dan perbuatan itu dilihat sepasukan anggota dan pegawai Bahagian
Siasatan Jenayah Narkotik Muar yang melakukan rondaan.
Ketua Polis
Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, melihat keadaan yang
mencurigakan itu, anggota narkotik berkenaan menghampiri lelaki tersebut dan
memperkenalkan diri sebagai polis sebelum melakukan pemeriksaan.
Lelaki
itu memberi kerjasama namun dalam keadaan angkuh mendakwa bertugas sebagai
pengawal peribadi kepada seorang Datuk.
Hasil pemeriksaan pada
badan dan beg sandang suspek, pihaknya menemui sepucuk pistol semi otomatik
bersama dua kelopak dan 30 butir peluru serta Surat Kebenaran Membawa dan
Mengguna Senjatapi.
Walaupun
mempunyai surat kebenaran lelaki lingkungan 30-an itu melakukan kesalahan
kerana membawa senjata api ketika dalam keadaan mabuk atau tidak
tenteram," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya,
suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar dan ujian air
kencing mendapatinya positif syabu dan dia ditahan dengan pistol semi otomatik
itu dirampas bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun
katanya, tidak lama selepas itu dua rakan setugas lelaki tersebut yang juga
mengaku pengawal peribadi kepada seorang lelaki berstatus Datuk datang ke IPD dan ingin membebaskan rakannya itu.
Kami menjalankan ujian air kencing dan
mendapati kedua-dua lelaki lingkungan 20-an hingga 30-an itu turut positif
dadah," katanya dan memberitahu kemudian seorang lelaki mengaku Datuk lingkungan 30-an datang ke IPD itu.
Menurutnya,
lelaki yang mengaku sebagai Datuk itu juga disiasat dan hasilnya,
mengaku gelaran berkenaan bukan anugerah dari dalam negara sebaliknya negara
lain tetapi tidak menahannya.
Katanya,
polis masih menjalankan siasatan termasuk kes penyamaran di sekitar daerah ini
dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat tampil bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Akta Senjata
1960 dan Akta Dadah Berbahaya. Kami akan melengkapkan kertas siasatan dan kes
ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwaraya untuk tindakan lanjut,"
katanya. - UTUSAN ONLINE