Selasa, 1 Julai 2014

Pengarah Bahagian JKR dipenjara setahun, denda RM1.154j

JOHOR BAHRU - Seorang Pengarah Bahagian, Jabatan Kerja Raya (JKR) dijatuhi hukuman penjara setahun dan didenda RM1.154 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini di atas tuduhan menyalah guna kuasa.
Tertuduh, Datuk Abd. Rahim Ahmad, 58, yang merupakan Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu dalam tempoh sebulan.
Hakim Muhammad Jamil Hussin menjatuhi hukuman itu selepas meneliti dan mempertimbang keterangan daripada pihak pembelaan, pendakwaan serta saksi selain menilai bahan bukti secara menyeluruh sepanjang kes itu dibicarakan.

Mahkamah mendapati peguam bela tertuduh, M. S. Vethanayagam gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abd. Ghafar Ab. Latif.
Abd Rahim, selaku pengarah projek bagi kontrak pengurusan fasiliti bangunan Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK) serta kontrak pengurusan fasiliti bangunan JB Sentral, Bukit Chagar didakwa menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan projek untuk adiknya. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...