Jumaat, 15 Ogos 2014

Bunuh Pegawai AmBank: Warga Indonesia Dihukum Gantung Sampai Mati


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas pengawal keselamatan AmBank, La Ode Ardi Rasila selepas didapati bersalah membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 


La Ode, 37, didakwa membunuh dan melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian Norazita, 37. 

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan tertuduh di dalam bangunan AmBank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober tahun lalu.


Warganegara Indonesia itu didakwa berjaya melarikan wang sebanyak RM450,000.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...