SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis menjatuhkan
hukuman gantung sampai mati ke atas bekas pengawal keselamatan AmBank, La Ode
Ardi Rasila selepas didapati bersalah membunuh pegawai bank, Norazita Abu
Talib, tahun lalu.
Hakim
Datuk Akhtar Tahir berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan
keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
