Jumaat, 1 Ogos 2014

Mayat pekerja kilang hilang ditemui


Nilai: Seorang pekerja kilang memproses air mineral yang dilaporkan hilang di rumahnya di Taman Ulu Beranang, di sini sejak semalam ditemui dibunuh di sebuah belukar di Taman Mahkota Hill, Lenggeng, di sini, 7 malam tadi.

Ketua polis daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning berkata, M Mittren Ezhuthachan, 21, dilaporkan hilang oleh ibunya di rumah mereka jam 11 malam semalam namun mayatnya ditemui di sebuah kawasan semak di Taman Mahkota Hill bersama motosikal Honda EX5 miliknya.

Katanya, buat masa ini pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan dan mayat sudahpun dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), dekat sini untuk bedah siasat.


Katanya, ketika penemuan, mayat mengalami luka di kening kanan, lebam pada dada dan ketiak kanan dan dipercayai dihentak menggunakan objek.

"Mayat mangsa ditemui di sebuah belukar berhampiran tangki air Taman Mahkota Hill, iaitu satu kilometer dari jalan utama Lenggeng/ Broga.

"Setakat ini kita (polis) menahan seorang suspek pembunuhan untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...