Gambar hiasan |
Seorang lelaki ditemui
mati dengan kesan luka di kepala dan dahi di belakang sebuah stesen minyak di
Seksyen 13 di Shah Alam, hari ini.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ruslan Abdullah berkata mangsa dikenal pasti
sebagai Zainulazli Zahari, 31, berasal dari Kampung Pasir Dusun, Kelantan.
Katanya,
polis menerima panggilan orang awam pada 6.44 pagi mengenai mayat yang ditemui
dalam keadaan terlentang di belakang stesen minyak itu dan sebaik tiba di
lokasi lelaki itu disahkan meninggal dunia.
Ruslan
berkata lelaki tempatan berusia 30-an itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan
Rahimah di Klang kerana cedera pada bahagian kepala dan patah tangan kanan.
Katanya
siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai diserang oleh sekumpulan
lapan hingga 10 orang pekerja asing yang tinggal di kawasan berhampiran tempat
kejadian. – Bernama, 31 Julai, 2014.