Selasa, 16 September 2014

WANITA DIROMPAK 2 LELAKI BERSENJATAPI


Lokasi rompakan bersenjata api menggunakan pistol berlaku di Jalan Telupid, Beluran, Sabah pagi tadi 15hb September 2014 jam lebih kurang 11.30 pagi.

Mangsa seorang wanita umur lingkungan 30an telah menahan sebuah kereta Proton Persona warna kelabu yang disangkakannya sebuah teksi prebet sapu dan meminta pemandu kereta tersebut hantar beliau ke Batu 32 Sandakan.

Dalam kereta tersebut beliau dapati ada seorang lelaki duduk dibahagian belakang yang disangkakannya penumpang juga.


Ketika kereta sedang bergerak secara tiba-tiba pemandu kereta berkenaan telah mengacukan pistol kearah mangsa sambil mengarahkan mangsa mengeluarkan semua barang-barang berharganya. Dalam ketakutan mangsa telah menyerahkan barang-barang kemas dan wang kepada perompak tersebut.

Dalam ketika itu Polis Trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran sedang mengadakan sekatan jalanraya di Simpang Lung Manis, Beluran. Melihat akan adanya sekatan jalanraya berkenaan, perompak terus panik dan cuba patah balik.

Melihat kejadian ini anggota polis terus mengejar kereta tersebut dan diwaktu itu kedua perompak sempat menurunkan mangsa ditepi jalan.

Dalam kejadian kejar mengejar itu perompak telah terbabas dan pihak polis terus menerkam kearah kedua perompak berkenaan dan berjaya menangkapnya.


Syabas atas kecekapan pihak polis sehingga tertangkapnya kedua perompak bersenjatakan pistol ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...