Boleh dilaksanakan dengan syarat RASUAH di TOLAK !!!
Ketua Polis Daerah (OCPD) dan Ketua Balai akan dikenakan tindakan
tatatertib atau ditukarkan dalam tempoh 24 jam jika premis perjudian tanpa
lesen masih wujud di kawasan mereka.
Timbalan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hoong Soon berkata pada 14 Oktober lepas,
beliau mengeluarkan arahan dan memberi tempoh sebulan kepada semua OCPD dan
Ketua Balai untuk memastikan tiada lagi aktiviti perjudian tanpa lesen di ibu
negara.
"Pemantauan
bersepadu membabitkan segenap lapisan warga polis Kuala Lumpur akan berterusan
dan Ketua Polis Daerah serta Ketua Balai dikehendaki membuat deklarasi bagi
memastikan tiada lagi aktiviti mesin perjudian tanpa lesen di kawasan
mereka," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau
berkata pasukan pemantau daripada ibu pejabat termasuk Jabatan Integriti dan
Pemantauan Standard Kontinjen/Bukit Aman akan membuat pemeriksaan di setiap
daerah atau balai polis di Kuala Lumpur.
"Langkah
ini sejajar dengan arahan Ketua Polis Negara pada Isnin lepas agar polis Kuala
Lumpur melipatgandakan tindakan serbuan. Hasilnya daripada 105 premis yang
diperiksa, hanya enam buah dilaporkan masih beroperasi membabitkan lapan
tangkapan, 16 mesin judi dan RM955 disita (rampas).
"Dalam
pemeriksaan malam tadi, semua premis yang menjalankan aktiviti perjudian
berinternet pun ditutup," katanya.
Sementara
itu, katanya sejak 1 Januari lepas sebanyak 20,845 mesin perjudian tanpa lesen
dirampas melalui 10,666 serbuan yang dilakukan polis Kuala Lumpur sehingga hari
ini.
Law
berkata daripada serbuan itu, polis turut merampas sejumlah RM193,576 wang
tunai hasil aktiviti perjudian haram berkenaan.
"Berbanding
sepanjang tahun lepas, sebanyak 7,561 serbuan dijalankan dengan tangkapan 1,304
orang dan 6,905 mesin judi serta RM89,809 wang tunai dirampas," katanya.
Pada
tahun ini, beliau berkata ia menunjukkan peningkatan melebihi 40% daripada
jumlah serbuan, tangkapan dan rampasan yang dilakukan polis Kuala Lumpur
berbanding tahun lepas. – Bernama, 3 November, 2014.