Isnin, 3 November 2014

Polis berjaya tahan sembilan lanun



Pasukan Polis Marin Wilayah Dua menahan sembilan lanun warga asing dipercayai cuba merompak sebuah kapal dalam 'OpsPensura' 2014 (Sumber)' di perairan Teluk Ramunia, Kota Tinggi, dua hari lepas.
Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata kesemua mereka ditahan ketika berada pada kedudukan 2.5 batu nautika di perairan terbabit pada 7.30 malam.
"Lima daripada lelaki itu ditahan di atas sebuah bot gentian manakala empat yang lain ditahan di atas kapal OST Marine.

"Kesemua mereka mengaku merancang untuk merompak sebuah lagi kapal di perairan Pulau Lima, Kota Tinggi," katanya dalam sidang media di Johor Bahru Ahad.

Katanya, empat kru kapal OST Marine turut ditahan untuk siasatan lanjut.
Turut dirampas 10 bilah parang, 10 topeng muka, galah panjang, telefon satelit serta alatan GPS mudah alih, katanya.
Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Barang Kakisan Letupan Senjata Bahaya 1958 dan Akta Imigresen 1959 Pindaan 2002, katanya.-2/11/2014


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...