PETALING JAYA: Seorang
suspek berstatus 'Raja Judi' ditahan selepas dipercayai mengumpul jutaan
ringgit hasil sindiket perjudian di sekitar Lembah Klang.
Suspek adalah individu pertama ditahan mengikut Akta
Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasaan) 2013.
Sumber memberitahu The Star,
suspek mempunyai jaringan baik dengan kegiatan kongsi gelap dan perjudian di
sini.
Ketua
Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat Said berkata, suspek seorang lelaki
berusia 50-an itu ditahan dalam satu operasi pada 20 Oktober lalu hasil
maklumat orang awam dan juga risikan polis.
"Hasil
siasatan mendedahkan sindiket terbabit sudah beroperasi lebih kurang dua tahun.
"Dia
kini ditahan reman sehingga pertengahan Disember ini," jelasnya.
Abdul
Samah berkata, polis Selangor turut mengenal pasti beberapa suspek lagi dan
turut ditahan mengikut akta sama.