Shah Alam, 13 Nov - Senarai premis
berlesen yang beroperasi sebagai pusat perjudian 'online' haram dihantar kepada
pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat seluruh Selangor untuk pemantauan
lanjut, kata Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.
Beliau berkata senarai yang dihantar dua minggu lepas itu adalah untuk memastikan mana-mana premis termasuk yang diberi lesen perniagaan tidak lagi menjalankan kegiatan perjudian haram itu dengan berselindung sebagai kafe siber.

"PBT
memberi jaminan untuk bekerjasama rapat dengan polis bagi membanteras kegiatan
judi haram ini dan kita hantar senarai premis berlesen itu supaya PBT dapat
membatalkan lesen perniagaan mereka.
"Ini kerana kita telah kenal pasti lebih 500 premis yang diperiksa mempunyai lesen namun disalah guna dengan menjadikannya pusat kegiatan judi online haram," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Abdul
Samah, menerusi Fasa I Ops Dadu Khas bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas,
sebanyak 2,290 premis dikenal pasti menjalankan kegiatan perjudian berkomputer
haram di seluruh Selangor dan operasi itu lebih memfokuskan semua pusat judi
yang diarah tutup tidak beroperasi semula.
Beliau berkata
bagi Fasa II operasi sama bermula 3 Nov hingga Selasa lepas, sebanyak 4,189
serbuan dilakukan dengan 16 daripadanya melibatkan rampasan 5,503 monitor dan
7,341 CPU yang digunakan untuk kegiatan perjudian haram.
Jelas beliau,
hasil rampasan itu disyaki disorok anggota sindiket judi haram berkenaan sejak
pelancaran besar-besaran Fasa I Ops Dadu Khas bagi digunakan semula untuk
kegiatan sama namun pihaknya terus komited memastikan tiada lagi premis yang
ditutup boleh beroperasi sekali lagi.
"Baru-baru
ini, wujud cadangan untuk menggubal akta khusus baharu berkaitan kegiatan
perjudian online. Ia amat diperlukan agar polis dapat terus bertindak hapuskan
aktiviti tersebut kerana selama ini tindakan kita terhad berikutan kekangan
undang-undang," katanya.
Sementara itu, Abdul Samah berkata bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, Polis Selangor berjaya menurunkan 15.4 peratus Indeks Kadar Jenayah dengan menyelesaikan 16,693 kes daripada 30,562 kes yang direkodkan.

Katanya hanya
jenayah melibatkan samun bersenjata api meningkat satu kes menjadi empat kes
bagi tempoh sama berbanding tiga kes tahun sebelumnya namun bagi jenayah harta
benda dan kekerasan pula menunjukkan penurunan hampir 15 peratus.- BERNAMA