Jumaat, 19 Disember 2014

Dua beranak cedera ditikam dan ditetak


Dua beranak cedera parah diserang seorang lelaki yang memasuki rumah mereka di Taman Harapan, Kuala Kedah dekat Alor Star awal pagi tadi.
Adriana Ahmad Kamil, 45, dan anaknya Amira Asshari, 22, cedera akibat ditikam dan ditetak dengan senjata tajam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Nashir Ya berkata suspek masuk ke rumah mangsa kira-kira 3.50 pagi dengan mengumpil pintu gril.

Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Star untuk mendapat rawatan lanjut, katanya.
Namun beliau berkata, tiada barang berharga milik mangsa yang hilang dan motif serangan masih disiasat.
Jiran mangsa Tan Kok Hoe, 43, berkata dia sedang tidur apabila dikejutkan isterinya yang mendengar jeritan meminta tolong di luar rumah mereka.
"Saya segera keluar dan melihat ramai orang sudah berkumpul di rumah jiran saya. Saya lihat anak-beranak itu berlumuran darah. Seorang jiran lain menghubungi polis dan ambulans," katanya. – Bernama, 18 Disember, 2014.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...