KUALA LUMPUR, 22 Disember: “Kalau tak puas hati, kita setel kat luar”.
Itulah
kata-kata seorang anggota polis bantuan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS),
Bandar Tasik Selatan, kepada seorang pemuda dalam sebuah video yang kini
menjadi viral di media sosial.
Video yang
dimuat naik di Facebook Oh! Media sejak Ahad, mendapat perhatian
pengguna-pengguna media sosial di mana setakat ini lebih 180,000 tontonan,
7,624 likes, dan 5,717 komen serta 3,110 shares.
Difahamkan,
dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.25 petang semalam, pengadu
menghantar sepupunya di terminal untuk menaiki bas ke Melaka.
Menurutnya,
selepas makan di tingkat tiga terminal itu, dia bersama sepupunya turun di
tangga berhampiran ke tingkat satu sebelum ditahan dua anggota polis.
Pengadu
berkata, mereka berdua ditahan kerana tidak mendapatkan cop untuk turun ke
tingkat satu dan hanya mereka yang mempunyai tiket dibenarkan turun ke tingkat
itu.
“Saya
mengaku salah dan mengikut arahan polis tanpa melawan tetapi kecewa apabila
seorang anggota polis menggunakan kata-kata kesat selain meninggikan suaranya.
“Sepupu saya
naik ke tingkat dua untuk mendapatkan cop dan sebelum meninggalkan terminal
itu, saya meminta maaf dan meminta polis itu untuk bercakap dengan baik,”
katanya yang tidak pernah menggunakan perkhidmatan bas sebelum ini.
Akibat
teguran itu, polis tersebut melenting dan mengajak pengadu menyelesaikan
masalah di luar.
Pertengkaran
itu dileraikan oleh rakan sejawatnya kemudian.