TUMPAT, 8 Dis (Bernama) -- Polis tidak menolak kemungkinan dua
tembakan yang dilepaskan ke Pejabat Pangkalan Marin Kastam di Jeti
Penguatkuasaan Pengkalan Kubor di sini, hari sebagai angkara khianat.
Ketua
Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1
pagi dan polis menjumpai dua lubang kesan tembakan pada cermin bahagian pantri
pejabat berkenaan.
"Tembakan
mungkin dilakukan dari jarak antara 20 dan 30m dari arah Sungai Golok.
Berdasarkan kesan dan sudut tembakan pada cermin berkenaan, kemungkinan
tembakan itu dilepaskan dari atas bot,"" katanya kepada pemberita di Jeti
Penguatkuasaan Pengkalan Kubor di sini.
Mazlan
berkata senapang angin dengan peluru bebola besi dipercayai digunakan dalam
kejadian itu.
Katanya
dua pegawai kastam yang sedang bertugas dalam pejabat itu tidak mengalami
sebarang kecederaan.
Polis
akan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa Thailand untuk membantu siasatan kes
itu, katanya.