Selasa, 2 Disember 2014

Mangsa culik di Selayang ditemui dikerat, ditanam di Bidor

Gambar hiasan

TANJUNG MALIM 1 Dis. - Polis menemui mayat seorang lelaki yang dikerat kedua-dua kaki dan tangan ditanam dalam satu lubang di kawasan sebuah kilang di Bidor dekat sini petang ini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa yang berusia 35 tahun sebelum itu telah diculik di restorannya di Pasar Borong Selayang pada 12 November lalu.

Menurutnya, dalam kejadian kira- kira pukul 6.10 petang itu, mangsa telah diculik oleh empat lelaki yang bersenjata pistol dan parang. - UTUSAN ONLINE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...