Rabu, 17 Disember 2014

Warga emas ditemui mati dalam keadaan menyayat hati


Seorang wanita warga emas yang hilang sejak Jumaat lepas, ditemui mati dalam keadaan menyayat hati, di sebuah kawasan paya di Kampung Lintah, petang tadi.

Wanita berusia 81 tahun yang dikenali sebagai Aton Manap itu, ditemui penduduk kampung berkenaan yang menyertai operasi mencari mangsa kira-kira jam 5.20 petang Selasa, di sebuah ladang kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintenden Ahmad Mat Isa berkata, mangsa yang mengalami masalah nyanyuk, ditemui terbaring berhampiran paya di ladang sawit itu.


“Mayat mangsa dikesan penduduk kampung, selepas terhidu bau busuk dan ternampak rangka manusia yang tidak diketahui identitinya.

“Mereka kemudiannya memaklumkan pihak polis, dan selepas dibuat pengecaman oleh anak mangsa, mayat itu sah adalah ibunya,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Beliau berkata, semasa ditemui, mayat mangsa berada dalam keadaan berbaring tanpa kain, berhampiran paya di ladang berkenaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat dan kes diklasifasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Menurut Amad, mangsa telah keluar dari rumah pada petang Jumaat lalu dan disedari anak lelakinya, apabila dia tidak pulang ke rumah.

Katanya, anak mangsa telah membuat laporan berhubung kehilangan ibunya dan polis kemudiannya melancarkan gerakan mencari.

“Semasa operasi dijalankan, selain menemui kain batik yang dipakai mangsa, kita turut menjumpai kesan tapak kaki di kawasan lembah.

“Operasi itu disertai 80 orang yang terdiri daripada polis, pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela),” katanya.

Tambahnya, sebanyak tiga ekor anjing milik Unit Anjing Pengesan (K9) dan seekor anjing milik bomba turut digunakan dalam operasi mencari itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...