Isnin, 19 Januari 2015

Seorang maut dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Bukit Tinggi

Al-Fatihah, semuga Allah S.W.T memberi rahmat kepadanya dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

KUALA LUMPUR, 18 Januari: Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah di dalam satu kemalangan di jalan raya berhampiran Berjaya Bukit Tinggi, Bentong, Pahang hari ini.

Kemalangan yang berlaku kira-kira 11.45 pagi tadi itu melibatkan dua buah motosikal berkuasa tinggi iaitu Kawasaki Z800 dan KTM Duke 200.

Menurut saksi kejadian, Mohd. Ammar Rusydi Mohd. Rashid, 24, kejadian tersebut berlaku apabila penunggang motosikal Kawasaki Z800 berkenaan cuba memotong sebuah kereta dan tidak menyedari terdapat dua buah motosikal lagi yang berada di laluan kanan jalan.


Jelasnya, motosikal pertama sempat mengelak daripada bertembung namun sebuah lagi motosikal tidak sempat untuk berbuat apa-apa dan akhirnya bertembung antara satu sama lain.

“Disebabkan pertembungan yang kuat, kedua-dua motosikal berkenaan melekat dan penunggangnya tercampak ke arah berbeza dan pengsan.

“Selepas 20 minit, kedua-dua penunggang sedar dan mengadu sesak nafas. Salah seorang daripadanya dikejarkan ke Hospital Bentong dengan ambulans manakala seorang lagi penunggang yang hanya dikenali sebagai Syaiful meninggal di tempat kejadian,” katanya kepada The Rakyat Post di sini hari ini.

Jelas Mohd. Rusydi lagi, kemalangan tersebut menyebabkan kedua-dua buah motosikal tersebut terbakar selepas pertembungan tersebut berlaku.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...