Isnin, 16 Februari 2015

Ancam serang mahkamah keterlaluan


KUMPULAN INI PERLU DIAMBIL TINDAKAN TEGAS DAN SEGERA. BIADAP DAN KURANG AJAR
Kuala Lumpur: Satu video provokasi oleh sebuah kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan menyerang mahkamah pada 11.30 malam, Rabu ini mula tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Kumpulan itu membuat ancaman melalui video berdurasi 1:01 minit yang dimuat naik melalui YouTube, semalam.


“Kepada mana-mana parti yang lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.

“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” itu antara kata-kata ugutan oleh kumpulan itu.

Video memaparkan empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka itu turut menegaskan bahawa perjuangan mereka baru bermula.

“Perjuangan kami baru bermula dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya.

Malah gambar pelakon Nora Danish turut dimasukkan di dalam video itu.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi berkata, PDRM akan menyiasat berhubung perkara ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...