KOTA
KINABALU, 14 Mac: Tujuh belas warga Indonesia termasuk 14 anggota
keselamatan negara itu, ditahan di Pulau Sebatik kerana menceroboh, semalam.
Timbalan Ketua
Polis Negara, Datuk Noor Rashid Ibrahim mengesah perkara itu dan berkata, 17
warga Indonesia termasuk 10 anggota polis dan empat tentera berpakaian preman,
memasuki negara ini melalui Bambangan di Pulau Sebatik di Tawau, kira-kira jam
satu tengah hari pada Jumaat.
Mereka
dikatakan memasuki secara ‘haram’ ke Malaysia menggunakan motosikal.
Pulau Sebatik,
kira-kira 452.2 kilometer persegi di bahagian timur Sabah, merupakan satu
antara pulau yang unik terletak dalam lingkungan perairan Malaysia dan
Indonesia. Ia merupakan satu daripada 92 pulau secara rasminya, berada di luar
kawasan Indonesia.
Siasatan awal
mendapati kumpulan berkenaan sedang menjejaki seorang suspek kes pembunuhan
yang berjaya melarikan diri dari Pulau Nunukan dan masuk ke Tawau.
Suspek
ditangkap oleh polis Malaysia Khamis lalu selepas diberitahu rakan sejawat dari
Indonesia dan kini ditahan di Balai Polis Wallace Bay.
Pada Jumaat,
pada kira-kira jam satu tengah hari, 10 anggota polis Indonesia, semuanya
berpakaian preman, datang ke balai polis untuk membawa suspek pulang ke
Indonesia.
Selain daripada
anggota keselamatan, tiga warga Indonesia yang bersama mereka, masuk ke negara
ini menggunakan bot laju.
“Mereka ditahan
kerana menceroboh dan gagal memberitahu kami mengenai ‘kehadiran’ mereka,” kata
Noor Rashid dan menambah mereka ditahan di Balai Police Wallace Bay untuk
siasatan.
Polis turut
merampas lapan pistol, dua jenis revolver dan peluru.
Noor Rashid
berkata mereka akan disiasat di bawah Akta Imigresen dan Akta Senjata Api dan
menambah: “Kes itu akan di hantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan
selanjutnya.”