Gambar hiasan |
PETALING JAYA: Seorang
perunding Teknologi Maklumat (IT) dikelar dan dirompak ketika dia menyemak baki
wang simpanan di sebuah ATM di Kota Damansara pada pukul 6.30, Ahad.
Lelaki yang dilaporkan memakai topi keledar penuh
itu berjalan di hadapan mangsa dan mengacukan pisau.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten
Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, perompak telah memaksa mangsa mengeluarkan
wang tunai sejumlah RM1,000.
"Selepas keluarkan duit, perompak tersebut
cuba menarik kad ATM mangsa dan berlaku pergelutan. Kemudian dia telah melibas
pisau beberapa kali terhadap mangsa sebelum melarikan diri," katanya.
Tambahnya, suspek kemudian melarikan diri dengan
sebuah motosikal yang ditunggang seorang lagi rakannya.
Mangsa yang cedera cedera kemudian menerima jahitan
di kepala dan tangan.