Dua anggota
polis yang ditangkap tidur dalam waktu bertugas di Balai Polis Komuniti Mak
Mandi, Daerah Seberang Prai Utara (SPU) ditukarkan serta merta ke pusat kawalan
SPU.
Ketua Polis
Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua kertas siasatan dibuka untuk
tindakan tatatertib ke atas kedua-dua anggota polis, seorang lelaki dan seorang
wanita itu, selepas gambar mereka yang tertidur di kaunter, tersebar di media
sosial.
“Ini perkara
serius dan tindakan tatatertib akan diambil.
“Sementara
menunggu tindakan tatatertib itu diambil, kedua-dua anggota polis itu
ditukarkan dalam masa 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Gambar
kedua-duanya yan tidur di kaunter tempat orang awam mengadu, tersebar di lama
sosial dan blog, dan mendapat kritikan orang ramai.
Walau
bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh gambar tersebut diambil.