Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR, 5
Mac: Mayat seorang lelaki dipercayai anak kepada bekas penasihat bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir ditemui rentung dalam sebuah kereta jenis Myvi di
Bukit Damansara, hari ini.
Ketua Polis
Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata, pegawainya dimaklumkan
mengenai penemuan itu kira-kira jam 10.35 pagi oleh pengawal keselamatan di
kawasan berkenaan.
“Mayat itu
ditemui, selepas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran dan
keadaan mayat rentung sepenuhnya.
“Kami mengesan
pemilik kenderaan berkenaan, berdasarkan nombor casis pada kenderaan itu, di
mana ia milik seorang lelaki yang tinggal di Jalan Setiakasih.
“Apabila kami
menemui pemilik kenderaan itu, kami dapati dia adalah bekas penasihat kepada
Tun Mahathir yang bergelar Tan Sri,” katanya.
Menurut
Muhammad Azlee, Tan Sri itu memberitahu polis, kereta berkenaan dipandu anak
lelakinya berumur 40-an yang menghidap penyakit Alzheimer.
Polis masih
lagi menyiasat punca kebakaran itu.
Buat masa ini,
polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan masih menunggu
keputusan bedah siasat.
“Pasukan
forensik tidak menemui apa-apa tanda mencurigakan di lokasi kejadian.
“Bagaimanapun,
mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah
siasat dan identitinya akan disahkan.
“Kami tidak
menolak kemungkinan, kes ini adalah pembunuhan, namun ia hanya dapat disahkan,
selepas laporan bedah siasat diterima dan berdasarkan penemuan bukti di lokasi
kejadian, setakat ini, ia dikklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya
kepada The Rakyat Post.