Selasa, 28 April 2015

IS sasar tempat maksiat, bangunan kerajaan


SHAH ALAM Susulan 12 individu yang dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan militan IS dan dilaporkan ditahan sebelum ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin mendedahkan tempat-tempat maksiat di Lembah Klang menjadi sasaran utama serangan kumpulan tersebut.
Menurutnya, kumpulan tersebut turut mensasarkan bangunan kerajaan di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

“Saya tidak boleh mendedahkan sasaran secara spesifik. Tapi menjurus kepada tempat-tempat maksiat yang dikatakan maksiatlah dan juga bangunan-bangunan kerajaan yang dikatakan Taghut.


“Termasuklah bangunan-bangunan kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan di Putrajaya dan Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Taklimat Eksekutif Ancaman IS anjuran Jabatan Agama Islam Selangor bersama Majlis Keselamatan Negara Selangor, di sini, hari ini.


Semalam, 12 individu berusia antara 17 hingga 41 tahun ditahan selepas dipercayai merancang melakukan serangan ke atas lokasi strategik dan berkepentingan di sekitar Lembah Klang dan rancangan tersebut dibuat sebagai menyahut seruan pemimpin kanan IS di Syria.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...