GOMBAK: Rangka manusia dipercayai kanak-kanak ditemui ditanam di
lantai simen dapur sebuah rumah di Kepong, Jumaat.
Pemilik
kediaman itu berkata, pekerja yang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian
menemui rangka itu selepas ternampak kain buruk yang berbau busuk dalam lubang
lantai dapur itu.
Rumah itu
disewakan sehingga April lalu.
Mayat
kanak-kanak dipercayai perempuan ditemui dalam lubang yang dikorek bawah lantai
simen dapur berkenaan.
Mayatnya
dibalut dengan kain dan kemudian ditimbus dengan simen untuk menutup lubang
berisi mayat itu.
"Pemilik
rumah ini memberitahu, penyewa meminta kebenaran untuk membaiki bilik air.
"Apabila
mereka ke rumah itu pada April, didapati keluarga itu telah mengosongkan rumah
berkenaan dan ada tompokan simen baharu pada lantai dapur," kata Ketua
Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad.
Pasangan
muda yang menyewa rumah itu sejak 2014 dilaporkan mempunyai dua anak lelaki dan
seorang perempuan.
"Kami
sedang berusaha untuk mengesan mereka. Kejadian ini dikelasifikasikan sebagai
kes bunuh," katanya.
Mayat
kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
Punca kematian
belum diketahui, bagaimanapun doktor percaya kanak-kanak itu mati sejak April.
Sumber: KLIK DISINI