KULAIJAYA,19 JULAI: Seorang lelaki
nyaris maut apabila terkena tembakan di Kampung Sepakat Baru, Senai petang
tadi.
Dalam
kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai A.Sriraman,47
ditembak empat kali di hadapan sebuah rumah.
Mangsa
cedera di kepala, leher kiri dan rusuk kanan akibat tembakan itu.
Difahamkan,
empat das tembakan yang dilepaskan dipercayai menggunakan pistol jenis separa
automatik.
Sumber
berkata, mangsa ditembak oleh lelaki bersenjata dan bertopeng yang menggunakan
kenderaan jenis Perodua Myvi.
“Siasatan
awal mendapati tembakan tersebut dilepaskan dari jarak dekat,”katanya.
Mangsa
kemudian dihantar ke Hospital Kulaijaya oleh isterinya selepas kejadian namun
keadaan mangsa masih belum dikenalpasti.
Sumber
berkata, siasatan awal mendapati mangsa mempunyai rekod jenayah lampau
membabitkan kes rompakan bersenjata di Johor pada tahun 1986.
“Polis
masih mengenal pasti motif kejadian dan penglibatan kongsi gelap,”katanya.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Razak Md Said mengesahkan
kejadian dan siasatan masih diteruskan.
Beliau
bagaimanapun enggan mengulas mengenai kejadian dan menunggu hingga siasatan
selesai.