Isnin, 20 Julai 2015

Kedai Emas Di Terminal 1, Seremban Di Rompak


SEREMBAN: Empat lelaki melarikan barang kemas dalam satu kejadian samun di sebuah kedai emas di Terminal 1, di sini, pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian kira-kira 11.44 pagi itu, dua daripada suspek bersenjatakan pistol, manakala dua lagi bersenjatakan tukul sewaktu melakukan rompakan.

"Mereka memakai topi keledar, berpakaian hitam serta berjaket dan bersarung tangan. Satu das tembakan telah dilepaskan oleh seorang daripada suspek.


Bagaimanapun, tiada mangsa yang mengalami kecederaan," katanya di sini.

Katanya suspek dipercayai melarikan empat dulang emas setelah memecahkan bekas kaca pameran. Katanya kejadian berlaku begitu pantas dan sejurus melakukan rompakan, semua suspek melarikan diri menggunakan motosikal.

"Ketika kejadian terdapat lima kakitangan dan tiada pelanggan. Kedai emas ini telah lama beroperasi dan ini kali pertama disamun. Kedai emas ini juga tidak ada pengawal keselamatan khusus kerana pusat membeli-belah itu memang ada anggota keselamatan," katanya.

Muhamad Zaki berkata buat masa ini, nilai kerugian belum dapat ditafsirkan dan gerakan memburu giat dijalankan.


Katanya tindakan serta-merta Ops Tutup dan Op Kesan dilaksanakan dengan menggunaka semua elemen yang aktif semasa ini dengan dibantu 'task force' Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...