SEREMBAN: Empat
lelaki melarikan barang kemas dalam satu kejadian samun di sebuah kedai emas di
Terminal 1, di sini, pagi Ahad.
Ketua
Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian kira-kira
11.44 pagi itu, dua daripada suspek bersenjatakan pistol, manakala dua lagi
bersenjatakan tukul sewaktu melakukan rompakan.
"Mereka
memakai topi keledar, berpakaian hitam serta berjaket dan bersarung tangan.
Satu das tembakan telah dilepaskan oleh seorang daripada suspek.
