MARANG – Seorang pemuda berjaya
diberkas penduduk selepas mencuri motosikal milik salah seorang jemaah yang
sedang mengerjakan solat Subuh di Surau Kampung Tengah di Pulau Kerengga di
sini, semalam.
Difahamkan,
kejadian berlaku lebih kurang jam 6.15 pagi sebelum perbuatannya itu disedari
penduduk.
Suspek yang
dipercayai terkejut setelah disergah penduduk bergegas melarikan diri dengan
motosikal yang dicurinya menghala ke arah Kuala Terengganu.
Berikutan
itu, beberapa penduduk kampung mengejar suspek.
Turut
difahamkan, setiba di satu lokasi berhadapan sebuah kedai runcit, suspek
terbabit berjaya dihalang sebelum diberkas penduduk.
Malah suspek
berusia 22 tahun itu turut mengalami kecederaan setelah dipercayai dibelasah
sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Suspek kini
ditahan reman di lokap IPD Marang selama tiga hari bermula semalam untuk
membantu siasatan.
Dalam pada
itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat
Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan
kes disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan. – Sinar Harian Online