Ahad, 12 Julai 2015

Wanita Diragut Patah Bahu Kiri

Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Seorang wanita patah bahu kiri selepas diragut seorang lelaki menaiki sebuah motosikal dalam kejadian di Taman Perkasa, di sini pagi Jumaat.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian 7.20 pagi itu, mangsa yang berusia 46 tahun diragut dari arah belakang, sebelum terjatuh dan patah bahu kiri.

"Ketika kejadian wanita itu baru menghantar anaknya ke sekolah sebelum mangsa berjalan ke arah keretanya dan diragut lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda Ex5.


"Terdapat wang tunai sebanyak RM2,000, telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri dalam beg tangan berjenama milik mangsa itu," katanya di sini pada Sabtu.

Beliau berkata mangsa yang merupakan seorang peniaga, dihantar ke sebuah hospital swasta di George Town, dekat sini untuk rawatan lanjut.

Jurucakap itu berkata berdasarkan rakaman CCTV di kawasan kejadian, polis menahan tiga lelaki dipercayai geng samun dan ragut yang aktif di sekitar Butterworth bagi membantu siasatan.

"Tiga lelaki berusia 20-an itu ditahan di Bagan Ajam di sini kira-kira 1 pagi ini bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Abdul RahmanIbrahim berkata dengan penahanan tiga lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu, polis percaya dapat menyelesaikan kes ragut berkenaan.


Katanya tiga lelaki itu kini direman dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...