Sabtu, 4 Julai 2015

Pencuri Pakaian Dalam Wanita Diberkas


GEORGE TOWN: Gara-gara sehelai bra merah, seorang lelaki akhirnya ditangkap kerana terlalu obses terhadap pakaian dalam wanita.

Lelaki yang didakwa mencuri lebih daripada 1,000 helai pakaian dalam wanita itu ditangkap oleh penduduk dan pihak pengurusan dua blok kondominium berhampiran Jalan Masjid Negeri.

Penangkapan itu juga menamatkan teka-teki mengenai insiden kehilangan pakaian dalam yang berpanjangan di kawasan itu.


Pencuri berusia 32 tahun itu tinggal bersendirian di sebuah bilik yang disewanya di salah satu unit kondominium terbabit.

Perbuatannya dikesan apabila dia bertindak mencuri sehelai bra berwana merah yang digantung oleh seorang anggota jawatankuasa kondominium itu berhampiran pagar dapur sebagai umpan.

Tindakannya disedari seorang pengawal keselamatan yang kemudiannya mengikut suspek ke unitnya.

"Kemudian kami panggil polis. Mereka masuk dan mendapati coli merah tersebut ada padanya," kata pegawai pengurusan kondominium, yang enggan namanya disiarkan.


Bagaimanapun serbuan mereka akhinya mengejutkan apabila melihat bilik lelaki itu dipenuhi dnegan bra, seluar dalam, kain dalam dan anak baju wanita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...