KUALA LUMPUR: Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat Tindakan Siasatan Siber
Polis (PCRIC) menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Twitter yang didakwa
menyamar sebagai Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang.
Khalid melalui laman Twitternya meminta PCRIC
mengesan dan menyiasat pemilik sebenar akaun @tankengliang.
"PCRIC @PDRMsia sila kesan twit handle di
bawah dan ambil tindakan sewajarnya," katanya.
Difahamkan akaun sebenar twitter Tan adalah
@tankengliang manakala akaun palsu adalah @tankenglaing dengan kedua-dua
menggunakan gambar yang sama.
Sementara itu, Tan melalui laman twitternya
menafikan yang twit berkenaan dikeluarkan oleh beliau dan mengangap ia adalah
taktik kotor pro-pembangkang.
"Thank you. Mohon ambil tindakan tegas. Taktik
kotor pro-Pembangkang yang cuba sebar "Fitnah"!," katanya.