Ahad, 13 September 2015

Osman Salleh Dilantik Ketua Polis Perak

IPOH: Datuk Osman Salleh, sebelum ini Ketua Polis Negeri Sembilan, dilantik sebagai Ketua Polis baharu Perak berkuat kuasa Selasa.

Beliau mengambil alih tugas yang dipangku Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam.
Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, disaksikan Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun yang mewakili Ketua Polis Negara.
Osman, 58, merupakan ketua polis Perak ke-27, menggantikan tempat Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman dengan pangkat Pesuruhjaya Polis.
Osman yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, mempunyai kelulusan dalam bidang Sarjana Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia dan menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 39 tahun lepas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...