KUALA
LUMPUR, 18 Sept:
Bekas pemimpin
Umno, Khairuddin Abu Hassan yang ditahan oleh polis pada jam 7 malam tadi akan
ditahan malam ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Peguam Matthias
Chang mengesahkan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman esok.
Penahanan bekas
Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu disahkan oleh isterinya Datin Umi
Khalsum Rahmad Ali atau lebih dikenali sebagai Umie Aida melalui akaun
Instagram miliknya, hari ini.
“InshaAllah..me
doakan Allah sentiasa melindungimu..Aamiin..” katanya.
Terdahulu,
dalam akaun facebook miliknya, Khairuddin berkata Jabatan Imigresen
menghalangnya dan peguamnya Matthias Chang daripada meninggalkan negara.
Menurut
Khairuddin, dia sepatutnya meninggalkan negara ini jam 10.30 pagi tadi untuk ke
New York dan London namun dihalang daripada berbuat demikian.
“Kami
disenaraihitamkan oleh Imigresen atas arahan polis,” kata Khairuddin melalui
laman facebook miliknya.
Menurutnya,
beliau telah ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya untuk mendapatkan
penjelasan.
“Malangnya
pihak pegawai Imigresen Malaysia hanya memaklumkan bahawa ini adalah atas
arahan dari Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman,” katanya.
Sumber: KLIK SINI